Tuesday, December 8, 2009

Hati kadang2 panas

Aku tak faham kenapa perlu kalian bermalas-malasan?



Apakah perangai kalianpun dah terikut rentak arab?



Kalau kita yang perlukan khidmat orang, kenapa kita bersikap seperti yang dikehendaki?



Janganlah bila pulang, sikap acuh tak acuh terus diamal.



Biarlah fitnah ini hanya di sini.



Wassalam

Sampai bila aku mahu memimpin ayahku begini?

Apakah ayah tak faham, aku juga nak jadi macam kanak2 lain..

Kenapa aku ditakdirkan nasib begini?

(Cuba memahami perasaan/monolog anak perempuan kecil yang sering menjadi mata kepada seorang ayah yang buta. Kadang-kadang aku melihatnya menangis semasa memimpin ayahnya. Moga Allah kurniakan ketabahan dan kebaikan yang tak terhingga kepadanya dunia dan akhirat)

Thursday, October 22, 2009

Split Identity

Seharusnya seorang dai'e dilatih dan melatih diri agar memiliki personaliti pelbagai kerana dihadapannya terdapat pelbagai ragam dan peel mad'u.

Identiti yang pelbagai menjadi warna-warni dalam berdakwah. Sama ada berkeadaan minda sedar mahupun separa sedar, seorang dai'e perlu memandu dirinya agar tidak terbabas dari landasan neraca kebenaran dan keadilan.

Kalau Nabi saw, seorang pemimpin agung boleh berperwatakan pelbagai, kenapa kita yang menjadikan junjungan mulia saw sebagai idola tidak mahu mempelajari dan memahami qudwah tersebut?

-payahnya beramal dengan agama, tetapi di dalamnya ada kemanisan. Seringkali diri terbabas, tetapi dalam babasan itulah adanya ibrah. Moga aku termasuk dalam orang yang sentiasa bertaubat. Ammeen..

Salam jihad

Taubat vol 2

Menurut Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi an-Naqsyabandi, syarat-syarat taubat itu ada 10:

  1. Ada rasa menyesal terhadap dosa yang telah dilakukan
  2. Keazaman tidak akan mengulangi dosa-dosa itu
  3. Hendaklah meminta maaf kepada orang yang dizalimi, jika tidak ada orang yang dizalimi itu, maka bolehlah meminta maaf kepada warisnya. Jika warisnya tidak ada maka bolehlah ia bersedekah dengan meniatkan pahalanya untuk orang yang dizaliminya itu
  4. Hendaklah meminta halal dari orang-orang yang bersengketa(mengenai apa-apa hak). Kemudian hendaklah berbuat baik kepada mereka sekiranya boleh
  5. Wajib menqadakan perkara-perkara yang difardhukan ke atasnya yang telah tertinggal
  6. Setelah bertaubat, maka wajarlah mengasuh dan membiasakan diri untuk taatkan Allah sebagaimana diri telah dibiasakan dengan maksiat. Hendaklah juga jiwanya dirasakan benar-benar kesusahan dan kepahitan taatkan Allah itu sebagimana ianya pernah merasakan kemanisan maksiat
  7. Hendaklah ia meninggalkan sahabat yang jahat
  8. Hendaklah ia membaiki(memilih yang halal) dari segi makanan, minuman dan pakaian
  9. Janganlah meninggalkan taubat jika ia melakukan dosa lagi, kerana seseorang itu apabila bertaubat, Allah menerima taubatnya
  10. Tidar wajar ia berputus asa dari rahmat Allah kerana Allah berfirman "Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir"
Setiap manusia tidak terlepas daripada ujian. Orang yang berjaya menghadapinya akan diberikan ganjaran manakala orang yang gagal wajiblah kembali(taubat) kepada Allah sekalipun diri berterusan dalam dosa..Hadis Nabi saw "Tidaklah berlarut-larut di dalam dosa(tanpa bertaubat) orang yang meminta keampunan(bertaubat) itu sekalipun ia kembali melakukan dosa itu sehari 70 kali" - Riwayat Abu Daud dan at-Turmuzi.

Allah Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat.

Wallahualam

Taubat

Menurut Syeikh Abdul Talib Al-Makki, taubat nasuha ada 10 syarat:

  1. Tidak akan melakukan maksiat lagi
  2. Sekiranya terlanjur mengulangi maksiat, maka ia tidak berlarut-larut dalam maksiat itu, bahkan segera bertaubat
  3. Mestilah berasa kembali kepada jalan Allah dan keredaanNya
  4. Ada rasa kesal terhadap perbuatan maksiat yang telah dilakukan
  5. Bersungguh-sungguh mahu istiqamah dalam ketaatan kepada Allah hingga mati
  6. Mestilah ada rasa takut yang sebenar-benarnya terhadap azab Allah
  7. Ia mestilah ada keyakinan behawa Allah sentiasa bersedia memberikan rahmat dan keampunan. Keyakinan tersebut juga dikenali sebagai roja' atau mengharap rahmat daripada Allah.
  8. Ia mestilah mengakui bahawa dirinya itu adalah orang yang benar-benar berdosa.
  9. Ia mestilah mengi'tiqadkan bahawa Allah telah mentakdirkan dirinya itu menjadi orang yang melakukan maksiat dan Allah juga yang menentukan dan menghendaki ianya menjadi orang yang taatkan Allah.
  10. Ia mestilah melakukan amal-amal soleh setelah bertaubat supaya dapat menyempurnakan apa jua kekurangan yang telah berlaku.
Wallahualam

Wednesday, October 21, 2009

Pemimpin

Pemimpin yang baik, pemimpin yang disayangi golongan marhaen dan golongan tertindas.
Pemimpin yang zalim, pemimpin yang didampingi golongan elit berduit.

Pemimpin yang baik, pemimpin yang disayangi rakyat.
Pemimpin yang zalim, pemimpin yang takutkan rakyat.

Pemimpin yang baik, yang dijaga rakyat.
Pemimpin zalim, yang diancam rakyat.

Pemimpin yang baik, tak takut akan mati.
Pemimpin yang zalim, takut akan mati.

Secara ringkas, menilai titik bengik gelagat pemimpin dunia Islam. Moga Allah memenangkan perjuangan Islam dan menolong para pendokong Islam. Wallahualam

Wednesday, October 14, 2009

Risik

Risik=RnD

RnD
=Research and Development
=Research and Destroy

Kalau tak boleh control (ikut objektifmu), maka risikanmu boleh dikira tak berjaya.

Paling tidak, mafsadah perlu dikurang. Usahalah!!!

-Wahai siput2 babi(SB), Allah lebih tahu daripada kamu. Jangan ingat kamu je yang tahu. Kembalilah kepada neraca Islam.

Tegur Tanda Sayang

Dah dua kali aku kena tegur oleh syeikh. Apa sebab? sebabnya hanya aku lambat bangun dari sujud akhir sebab baca doa. Terima kasih.

Yang peliknya ramai lagi orang2 tempatan yang rukunnyapun tak betul lagi..tapi kenapa syeikh tak tegur?

Tapi takpa, sekurangnya syeikh selalu prati aku...Kalau tak, takkan la depa tegur aku. Apa alamat? Alamatnya syeikh sayang aku...haha...Alhamdulillah.

-Orang Islam tak boleh dipatuk banyak kali.

Wallahualam.

Cuci perut

Tiap-tiap hari di sini boleh kata makan tumis lada.

Dah pakat-pakat baru nak blaja masak, last2 smua pakat komen dah xbleh p dengan lada. haha...(xpa, sekurangnya kalian nak juga belajar masak, merasa juga perih seorang ibu)

Aku malas nak masak hari-hari, sminggu skali cukupla (nak bagi pluang yang lain sama pandai masak.hehe...). Jangan salahkanku sebab akupun minat masakan berlada. Aku dah tunjuk banyak menu, tapi kenapa kalian(bc:amin ya, muiz pak ya, fikri sridu, halim) masak berlada juga..padan muka!!!

Pa taknya, berasap perut masing-masing, tinja pun bcmpur darah (kot), moga2 sindrom ini tak berterusan bila menu bertukar.

-masing2 pecah selera bila aku sebut nak buat percik...haha...tp tak tau bila....tgk la klo ad masa dan mood berkeadaan baik. nasibla...

Politik lagi

Nak berkhidmat? Silakan....Sapa nak marah kalau jalannya betul? (kecuali penentang kebenaran)

Tapi...

Janganlah mencantas...
Janganlah melobi..........
Janganlah merasuah.....

Amaran buat yang berkenaan...Kalau tak dapat imbalan di dunia, takpa....akhirat ada...

Bersiasah

Kekuatan siasah bukan hanya berlegar sekitar kepetahan ceramah, pidato, debat dan seumpamanya.

Para muharrikin harus tampil berdepan masyarakat mengikut kepakaran masing-masing, tak ketinggalan peranan yang seharusnya dimainkan oleh tenaga perancang dan penyelidik gerakan yang lebih berperanan di sebalik tabir.

Kegiatan siasah hendaklah difahami sebagai seni mempertemukan, seni mempengaruhi dan seni menguasai orang ramai bagi menjuruskan mereka kepada matlamat dan objektif gerakan.

Bersiasahlah mengikut kemampuan diri tanpa meminggirkan kehendak masyarakat. Dai'e yang baik adalah mereka yang memahami waqi' (semasa dan setempat) dan memanfaatkan sebaik mungkin aset serta logistik yang ada.

Wallahualam

Tuesday, October 13, 2009

Manis di mulut

Ukhwah bukan sekadar manis di mulut, diratib, dizikir, dihizib merata corok terluang..

Sekurangnya doakan saudara-saudaramu sekali sehari.

Apakah dalam sehari tidak wujud saudaramu yang tertindas?

Apakah dalam sehari tidak ada saudaramu terhimpit kehidupan?

Apakah dalam sehari tiada saudaramu yang buntu dek kesusahan?

" sesungguhya orang-orang mukmin itu bersaudara..."

Salam jihad

Sunday, October 11, 2009

Ulama mujahid


Siapa yang tak kenal Syeikh Abdul Majid az-Zindani?

Penemu ubat Aids dan antara pencetus kepada penemuan ilmu-ilmu i'jaz berdasarkan al-Quran dan Hadis.

Orang kedua yang dikehendaki oleh Amerika selepas daripada Syeikh Usama Laden.

Seringkali diancam bunuh, tak dapat keluar daripada bumi Yaman, pun begitu seringkali terjadi letupan2 dalam negeri di laluan2nya...tetapi Allah masih melindungi Syeikh Abdul Majid.

Sejarah melakarkan penegakkan agama Tauhid dan Hanif dengan darah dan pengorbanan. Orang yang hidupnya dilingkari kesenangan dunia, tanpa bercucuran keringat dan darah bukanlah pejuang agama, tetapi pejuang dunia yang seringkali mendakwa dirinya penegak agama.

Demikian antara sebab kenapa aku mengaji di Jamiah Iman.

Salam jihad

Islam yang ku cinta

Bila Islam nak maju kalau ulamanya asyik mengkafirkan umatnya? Meleret pula sampai para pengikutnya.

Sunnah kafirkan wahabi....wahabi kafirkan sunnah...wahabi kafirkan tarikat...tarikat kafirkan wahabi...hakikatnya banyak perkara adalah fitnah...hakikatnya semuanya ahli sunnah.

Kalau ia bukan racunan mainan yahudi nasrani, tak terkecuali syiah 12 yang monopoli...

Fakta: Keahlian syiah di Malaysia telah melebihi angka 52000 orang. Tak percaya??

--Kembalilah bersatu mendokong agama yang satu... Jalan bertemu Allah itu satu (Islam), tetapi lorongnya banyak (umpama jalan berkembar).

http://www.alirsyad.org/index.php?option=com_content&task=view&id=55&Itemid=2

Salam jihad.

Intel.

Ukuran intelektual bukan sekadar sijil semata. Tak guna kalau sijil berjela-jela tapi jadi pengkhianat bangsa dan agama...

Intelektual tak senang dengan kepalsuan, penyelewangan, ketidakadilan dan penindasan.

Isu pusat dalam benaknya berkisar tentang hakikat, manusia, manusiawi dan kemanusiaan.

Harga diri intelektual terletak kepada thinking capability dalam menyelesaikan teka-teki dan bertindak memenuhi tuntutan semasa...

----selamat berpencak dalam perjuangan----

Jeel al-Quran

Memasyarakatkan al-Quran.

Bagaimana umat nak faham agama kalau al-Quranpun tak pandai nak baca?

Baru sebut nak faham, nak berjuang/ dokong agama jauh lagi la....

Mahasiswa jangan terlampau sibuk dengan pelbagai polemik tak guna....

Gerakan mahasiswa boleh kejutkan dunia bukan setakat Malaysia sahaja....


(Cita-cita aku bila balik nak mengajar anak-anak Malaysia celik al-Quran. Tak kayapun tak pa..)

Intel- risik, saraf

Strategi perang.
---
---
---
Junjungan Nabi guna.
---
---
---
Kenapa kita juga tak boleh guna?
---
---
---
Buat Siput2 Babi(SB) sekalian, kenapa nak terus sekat agama?
---
---
---
Selamatlah anda kalau ia berlandaskan agama.......selamat bekerja!!!

Saturday, October 3, 2009

Lima faktor utama kemerosotan umat yang boleh membantu para muharrikin merumuskan keutamaan agenda bertindaknya:
1- Menghindari tanggungjawab jihad dan kepapaan harta benda (ekonomi yg lemah)
2- Keimanan dan keyakinan agama yang lemah serta watan dikuasai oleh musuh-musuh Islam
3- Kelemahan dalam ilmu pengetahuan, ketidaksempurnaan dan ketidakcekapan ilmu, serta kelemahan mental dan pemikiran
4- Berjiwa pengecut dan bacul
5- Berkembangnya ghairah nafsu kepada materialisme dan faham atheisme
Bahkan, usaha perjuangan Islam perlu dilihat sebagai bukanlah sekadar memenuhi lima persoalan di atas, tetapi turut bertanggungjawab merealisasikan syariat sebagai "state of the art" jamaah yang meliputi seluruh ruang kehidupan semasa.
Tanggungjawab ini berat, ya sememangnya ia sesuatu yang berat kerana ia menghamparkan hakikat Quranik dan Sunnatik sebagai paradigma ummatik yang menyeluruh, tidak hanya menerusi kata-kata atau slogan tetapi perlu dibina menerusi gerak kerja dan perancangan berstrategik. Ia wajar divisualisasikan dalam ruang persada nyata, yang bukan hanya dapat dirasai manusia, bahkan juga alam sekaliannya.
Wallahualam.

Thursday, July 2, 2009

Renung Seketika

Agak lama tak update blog. Banyak yang ingin dibicara tetapi beberapa kekangan yang dapat dan tidak dapat dielak membantutkan. Kali ni sekadar berkongsi beberapa kata hikmah memandangkan pelbagai isu nasional dan internasional yang sentiasa kunjung tak habis lebih-lebih lagi pada masa kini. So, berehat kejap sambil merenung' berfikir dan melihat dengan mata hati..

"Membaca jangan untuk menafikan,mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan pinggiran, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai."

"Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik. Berkawan dengan musuh yang bijak lebih baik daripada bersahabat dengan kawan yang bodoh."


"Islam tertegak dengan hujah, bukan dengan kekuatan jasmani, bukan sebab petah bicara tapi kosong beremosi, bukan kerana ghulu/gholu sembrono tidak bertapak tidak berasas."
Ya Allah tolonglah mujahidin di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir dan Chechen. Ya Allah tulanggilah perjuangan mujahidin di Yaman, di Malaysia dan di seluruh tempat dan pada setiap masa..ammieeen.
Abu Muhammad
Bumi Iman dan Hikmah, Yaman

Saturday, June 6, 2009

Bismillah..Tsummalhamdulillah...
Dikisahkan dan disejarahkan oleh saya, alkisahnya tentang sang imam kerajaan yang berebut dengan imam qaryah. Tempat: Masjid Khalid al-Walid (depan Jamiah Iman, Syari' 60, Sana'a Yaman, dekat dengan rumah). Kemuncaknya apabila Imam A(imam kerajaan) ditarik turun oleh para qaryah daripada mimbar ketika dia bersiap sedia untuk membaca khutbah untuk memberikan laluan kepada khatib pilihan qaryah. Riuhlah masjid berperang mulut antara ahli qaryah dengan SB dan penyokong kerajaan (nasib baik tak keluar senapang dan pistol kerana mereka(bc:arab yaman) ma'ruf dengan adegan tembak-menembak walaupun dalam hal temeh semata). Selepas selesai solat Jumaat, si imam kerajaan menyatakan ketidakpuasan hatinya diperlakukan sedemikian(ditarik gaya speaker V Sivakumar tetapi nasib baik tidak dihumban ke dalam stor).
Waktu solat asar tak tau sapa yang imam (menghadiri majlis kahwin Shamsul, pelajar Malaysia di Yaman) tetapi dapat dijangkakan ketegangan terus berlaku memandangkan adegan perebutan untuk menjadi imam terus berlangsung sehinggalah untuk waktu maghrib dan isyak. Untuk waktu maghrib, imam qaryah yang azan, iqomat dan seterusnya mengimamkan solat tetapi imam A tetap tidak berpuasa hati lalu jadilah adegan perang hujah selepas daripada solat. Solat isyak imam A yang imamkan setelah merampas microfon daripada muazzin tetapi hanya dimakmumkan oleh para SB dan pengikut kerajaan yang bersekutu merampas kuasa kerana diboikot oleh rata-rata jemaah. Imam A memang jenis tak malu (buat slamber badak je walaupun dah jelas orang tak suka). Selepas isyak, bercakaplah pegawai agama kerajaan (seumpama JAKIM) tentang penyatuan dan makmum wajib ikut imam. Selesai ucapan, ahli qaryah yang ada mengerumuni ustaz jakim di pintu masjid dan menyatakan pendirian mereka. Alhamdulillah, solat subuh pada hari ini berambus juga akhirnya imam A daripada masjid dan di imamkan oleh imam pilihan qaryah.
Istifadah yang boleh saya kutip:
  1. Beraninya ahli qaryah untuk terus mempertahankan hak. Sesungguhya mereka bertindak dengan betul kerana antara syarat sebagai seorang imam sekurang-kurangnya mendapat sokongan majoriti 2/3 ahli jamaah.
  2. Pihak kerajaan jangan berlaku zalim kepada rakyatnya kerana mereka diangkat oleh rakyat. Tiada rakyat maka tiadalah kerajaan.
  3. Pentingnya menjadi orang berilmu untuk menjadi seorang muslim yang sejati, tidak mudah terikut dengan kata-kata dan perbuatan orang lain walaupun mereka itu digelar sebagai ulama (bc: ulama su'...yang memutarbelitkan ayat-ayat Allah dan hadis nabi saw).
Selamatlah Malaysia dan dunia seluruhnya di bawah naungan Islam. Wallahualam.

Saturday, May 23, 2009

Amanah Itu Berat

Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan, seorang ulama ulung merupakan pakar usul fiqh yang bermazhab hanafi. Merupakan ikhwan muslimin Iraq yang kemudiannya dibuang negeri dan kini menetap di bumi iman dan hikmah, Yaman dan menjadi salah seorang syeikh di Jamiah Iman. Pun begitu keadaan kesihatannya adalah membimbangkan, uzur.
Dipendekkan cerita, kami sempat bertemu ketika mana syeikh ditolak di atas katil beroda di sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan yang mana ketika itu keadaan syeikh terbaring lemah. Setelah dibius, syeikh kelihatan seperti pulih bersemangat, digagahkan dirinya untuk bangkit berdiri. Aku pelik dengan kelakuan syeikh lalu memintanya supaya berehat. Syeikh lantas berkata "..aku hanya ada 15 minit sebelum ubat bius ini hilang. Mari aku ajarkan engkau dalam masa yang aku ada". Maka gigihlah syeikh mengajarku sambil melakar dan menulis di papan putih hospital. Tepat-tepat 15 minit syeikh menghentikan syarahannya dan terus terbaring tak sedarkan diri di atas katil. Tergamam dengan apa yang berlaku, aku bangkit dari tidur dan sambung lagi tidur, sementara menunggu azan zohor..
Datang pula Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Dia berikan aku benih anggur Perlis. Aku kehairanan kenapa diberi benih anggur Perlis? Maka jawab tuan guru "yakinlah bahawa 10 tahun lagi atau lebih daripada itu sekalipun bahawa Islam akan memerintah Malaysia. (sepengetahuan aku selama berada di Perlis adalah sebuah negeri yang kecil geografinya tetapi tahap pemahaman Islam rakyatnya adalah pada tahap rendah. Penduduknya majoriti adalah tegar nasionalisme sehinggakan pernah seorang penduduk berkata, jika diletakkan kepala babi sebagai calon pilihanraya mewakili parti dacing, nescaya aku akan pangkah kepala babi tersebut walaupun ada parti Islam yang bertanding).
Tapi riak wajah tuan guru tidak menggambarkan riak wajah kegembiraan tetapi sebaliknya. Aku bertanya kenapa lantas dijawabnya "..akan tetapi dalam banyak-banyak benih anggur yang dibekalkan yang menjadi hanyalah sedikit..". Dengan maksud bahawa ramai orang yang keluar belajar, tetapi yang menjadi penyumbang dan pendokong Islam hanyalah segelintir..
Apakah maksud sebenar daripada 2 mimpi langsungnya berturutan Wallahualam. Tetapi apa yang boleh dijadikan istifadah buat diriku bahawa amanah dan tanggungjawab sebagai seorang ahli agama adalah besar, baik pada fasa sebelum, implementasi mahupun pada fasa selepas pulang ke Malaysia. Disaat ketika mana masa banyak dibazirkan dengan perkara kurang berfaedah, maka inilah peringatan-peringatan yang menjadi tasyji' buat diriku supaya kembali atas jalan kebenaran, memperbaharui niat dan meneguhkan kembali matlamat sebenar. Aku memohon supaya diberi kesempatan untuk bertemu 4 mata dengan kedua-dua ulama tersebut dalam dunia realiti yang selama ini belum pernah aku temuai mereka.
Ya Allah pertemukanlah jodoh kami. Ya Allah, tsabatkanlah aku dan para sahabatku dalam mendokong amanah perjuangan ini. Ammiiin...

Friday, May 22, 2009

Sabar jelah BRO...

Setiap orang tak sama ujian yang diterima..Allah uji sesuai dengan iman yang ada padanya.

Pahala sabar tak boleh dikira (az-zumar:10). Hakikat orang miskin masuk syurga 50 tahun lebih awal daripada orang kaya kerana kesabaran mereka. Allah sebut sabar sebanyak 98 kali dalam al-Quran (kalau salah tolong betulkan).
Semua ibadah (bc:zakat, solat, haji, sedekah, zikir dll..) boleh dikira dan boleh dihitung sendiri pahala. Akan tetapi puasa tak boleh dikira pahalanya kerana di dalamnya ada sabar. Allah cakap yang puasa itu adalah antara Aku dan hambaKu..Dia sendiri yang memberikan pahala. Allah sebut puasa bersekali dengan sabar dalam al-quran sebanyak 14 kali(salah tolong betulkan)
Jalan kesabaran itu adalah:
  1. percaya dengan pertolongan Allah
  2. merasa tenang dengan janji Allah
  3. merasa tenteram dengan jaminan Allah
  4. selalu berharap kepada pahala Allah
  5. yakin bahawa kesudahan yang baik akan diperolehi oleh orang yang bersabar
  6. Yakin bahawa Allahlah yang menjamin dan memberikan kecukupan.

Selalulah ingat…
Sabarlah menghadapi dunia dan segala perhiasan
Sabarlah terhadap kata-kata yang mengecam diri
Sabarlah terhadap kalimat yang melukai
Sabarlah terhadap gangguan yang menyakitkan yang dilakukan dengan sengaja

Orang-orang yang berada di luar negara…bebanannya cukup besar..tak kira apa bidang yang diceburi..sama ada agama atau bukan..


Jadikan sabar sebagai baju besi dan tameng yang sentiasa dikenakan lagi selalu menemani diri, wahai sang pemilik diri yang senantiasa alpa.

Wallahualam.

Friday, May 15, 2009

Bermonolog Sendirian

Alhamdulillah...Tiada daya dan upaya aku yang lemah ini melainkan daripada Dia jua segala kekuatan...segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam...sepagian dengan kuliah cukup memenatkan. Kelas Bahasa Inggeris di Ma'had Oxford belum lagi bermula, masanya selepas zohor sehingga asar. Target belajar di oxford untuk memenuhi tuntutan dakwah. paling kurang dalam sebulan sekali aku mesti ke Tahrir Street dan tempat-tempat tumpuan pelancong yang lain. Tujuannya untuk edar risalah dan berdialog tentang agama bersama mereka.. Selepas asar berkejar untuk bertalaqi Tafsir Jalalain dan Riadhussolihin. Selepas isyak kerapkali aku terus terbaring tak sedarkan diri sehinggalah jam 12.30 pagi...kadang-kadang aku sambung lagi tidur sehingga jam 2.00 sementara menunggu waktu subuh lebih kurang jam 4.20 pagi. Cuma sekarang aku terfikir sambil mencari-cari formula apakah dan bagaimanakah aku mampu untuk bertalaqi kitab-kitab fiqh syafi'ieyah selepas maghrib dan isyak...hafal Quran lagi(waktu mana tak pasti tapi waktunya 2 jam untuk hafal dan muraja'ah)...waktu mana untuk aku muraja'ah kitab dan membaca untuk pengajian esoknya???...Ya Allah bantulah hamba-Mu ini....

Sunday, May 3, 2009

Bunyi keras lagi biadab…tetapi itulah antara yang pernah saya lalui semasa di bumi Indera Kayangan.

Menjadi kewajipan dan rutin kami setiap pagi bersolat subuh secara berjemaah bagi petugas-petugas dakwah dan tarbiyah, Darul Islah…kemudian kami akan bertadarus bersama-sama.

Sekali-sekala perasaan culas untuk bangkit subuh timbul dan kadang-kadang kami tak mampu melawannya. Maka masyhurlah ayat penangan yang pernah diucapkan murabbi Darul Islah "Orang yang malas bangkit subuh pengikut babi, bukan pengikut Nabi".

Pelajaran bermakna yang kedua ku perolehi semasa berada di Madrasah Diniah Falahiyah atau lebih ma'ruf dengan nama Pondok Dalam Huma, Pasir Puteh Kelantan. Kata tuan guru, mesti jaga solat berjemaah sungguh-sungguh. Jika terluput, bagi yang beristeri ajak isteri solat bersama, bagi yang masih berseorang, carilah adik- beradik, sahabat, atau sesiapa sahaja untuk berjemaah bersama walaupun mereka telah bersolat…

Terima kasih guru-guruku, al-fadhil Ust Hj Yussainee Yahya dan al-fadhil Tuan Guru Wan Rosli Wan Ibrahim radiallahuanhuma…walaupun kadang-kadang bahkan seringkali terabai…kerana saya hanyalah manusia biasa.

Friday, May 1, 2009


Dalam satu perkenalan singkat dengan seorang pemuda Yaman, mahasiswa Universiti Sana'a, saya pernah ditanya "bagaimana kamu baca al-Quran?". Persoalan tersebut mungkin kerana saya tidak pandai membalas soalan-soalannya dalam bahasa arab. Saya hanya menjawab "aku baca seperti kamu baca..(lantas membaca beberapa potong ayat daripada beberapa surah)". Dia takjub. Komunikasi kami pada waktu itu dalam bahasa inggeris rojak dengan bahasa arab memandangkan saya lemah bahasa arab dan dia sebaliknya.

Selepas pertemuan tersebut, seringkali terlintas dan terfikir dalam benak dengan persoalan tersebut. Seringkali saya bermonolog sendirian "bagaimana aku boleh baca al-Quran sedangkan aku tak faham maknanya..". Anda bagaimana??? BERSAMBUNG…INSYAALLAH!!!

Thursday, April 30, 2009

Kalau dahulu aku dalam kepompong professional, sekarang aku dalam kepompong ulama. Sarangnya telah berubah maka kerangka dan benturannya juga berubah. Tapi aku masih dalam medan yang sama..masih bergelar seorang mahasiswa.

Mahasiswa Islam dan Perubahan.

Aku adalah mahasiswa, maka mata-mata memandangku sebagai pemuda elit yang semestinya memiliki personaliti diri, bersikap tegas dan berani menongkah arus lebih-lebih lagu aku sebagai mahasiswa di bumi iman dan hikmah ini.

Walau apa sekalipun penilaian orang, sama ada positif atau negatif, konstruktif atau destruktif, yang pastinya aku adalah seorang mahasiswa Islam. Mahasiswa Islam mesti memiliki pemikiran yang benar dan membawa kesejahteraan kerana ia adalah konsep berfikir yang dipimpin oleh Zat yang menciptakan manusia. Berbeda dengan asas pemikiran Barat yang meminggirkan nilai-nilai ruhiyah, maka aku mesti berusaha sehabis kudrat menyimpang daripada fikrah mereka.

Jika tidak, pelbagai gelaran gah yang mengangkat martabat mahasiswa hanyalah 'over estimate' terhadap posisi dan peranan mahasiswa dalam dunia realiti. Kenapa? Kerana meminggirkan landasan wahyu Ilahi, tidak yakin dan teguh dengan gagasan Islam. Aku mesti pacakkan dalam benak bahawa aku adalah agen perubah(agent of change), aku adalah elemen yang mengendalikan urusan masyarakat(social control element), aku adalah himpunan kekuatan moral(composition of moral force), dan aku adalah kuasa perubahan politik(force of political changing). Pemegang identiti mahasiswa Islam mesti bebas daripada virus mandul dan sindrom mandom.

Realitinya, aku harus bermula dengan merevolusikan pemikiran. Revolusi pemikiran yang mendasar terhadap cara berfikir yang meruncing kearah kebangkitan yang sebenar iaitu kebangkitan Islam. Aku tidak boleh mengarah bahkan cenderung sekalipun mempertahankan sistem yang sedia rosak lagi punah ranah dewasa kini.

Oleh itu, keberanian mahasiswa Islam untuk berfikir lebih mendasar bukan atas dasar ego, berkepentingan, dan asas kemanfaatan semata-mata. Akan tetapi dengan berpandangan kritis bahawa aku harus melakukan perubahan yang menyeluruh untuk membentuk sistem kehidupan yang kukuh dan sejahtera bagi umat manusia seluruhnya.

Tertegaknya syariat Islam secara menyeluruh natijahnya merefleksikan pembentukan sistem kemanusiaan yang kukuh dan sejahtra, aman dan harmoni. Ini adalah jalan yang telah dirintis oleh junjungan besar nabi kita Muhammad saw…

Ya Allah.. Bantulah hamba-Mu ini….Ameen.

Wednesday, April 29, 2009

Insan Pelupa



Sejarah:

Nabi Adam as melihat cahaya yang bersinar terang daripada keturunannya tetapi umur keturunannya itu hanyalah 60 tahun sahaja sedangkan nabi-nabi dan umat-umat terdahulu kebiasaanya adalah 1000 tahun. Susuk yang dimaksudkan itu adalah Nabi Daud as. Nabi Adam memberikan 40 tahun daripada umurnya kepada Nabi Daud mencukupi 100 tahun kumulatif umurnya.

Setelah cukup umur Nabi Adam 960 tahun maka datanglah Izrail meminta izin kepada Nabi Adam untuk mencabut nyawanya tetapi dipersoal oleh Nabi Adam dengan mengatakan umurnya masih berbaki 40 tahun. Nabi Adam lupa bahawa baginda telah membedakkan 40 tahun umurnya kepada Nabi Daud. Daripada peristiwa inilah maka anak cucunya dipanggil insan.


Pendapat kedua pula dari mana asal perkataan lupa dimasyhurkan adalah daripada peristiwa Nabi Adam lupa terhadap larangan Allah agar tidak menghampiri pokok khuldi.

Pengajaran:

1) Setiap manusia fitrahnya adalah bersifat pelupa. Betapa hebat sekalipun akalnya, manusia sama sekali tidak terlepas daripada sindrom lupa.
2) Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain kerana adalah tidak adil (bc:zalim) sekiranya jika berdendam, tak memaafkan sesama manusia lebih-lebih lagi sesama muslim kerana kita bersikap menafikan fitrah manusia yang bersifat pelupa, turut juga meminggirkan elemen manusiawi. Kalaupun betul kita bersikap keras, tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita, maka persoalannya, apakah kita tidak pernah melakukan kesalahan? Kalaupun kita menafikan maka tanyakan kepada diri, apakah kita akan terbebas daripada kesalahan yang tak sengaja dilakukan? Pernahkah orang menegur kesalahan yang tak pernah kita sedari ketika melakukannya? Tidak boleh dinafikan lagi…tidak dapat tidak sememangnya kita tidak boleh lari daripada 1,2 atau 3 persoalan tadi. Kita bukan maksum. Kita tidak bersih selamanya seperti sang sobi.
3) Banyakkan zikir (bc: tasbih, tahmih, takbir, quran dll.) kepada Allah. Ulama, orang-orang alim dan orang-orang soleh turut tidak terbebas daripada lupa yang membawa kepada dosa tetapi mereka berbeza daripada orang awam kerana mereka cepat kembali kepada Allah dek sentiasa berzikir kepada Allah.
Banyakkanlah zikir kerana lidah dicipta dengan sifat tak pernah letih, berbeda daripada anggota-anggota lain. Tujuannya adalah supaya lidah tidak lekang daripada berzikir kepada Allah. Berzikir itu ibarat menanam tanaman di dalam syurga. Orang yang paling menyesal pada hari kiamat adalah orang yang tidak berzikir kerana zikir tidak memerlukan tenaga yang ampuh sekalipun.
4) Sentiasa saling ingat-memperingati dan berpesan-pesan "Maka sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang mukmin". Bersesuaian dengan tuntutan hablum minallah dan hablum minannas..


Tips:
Baca al-Quran 10 ayat sebelum tidur insya Allah akan terselamat daripada penyakit lupa esoknya. Syaratnya tiada percakapan atau pekerjaan lain selepas membacanya.

2 Kebahagiaan















Alhamdulillah...
Syukur..hari ini mendapat 2 kebahagiaan..selesai proses mendaftar di Jamiah Iman dan menguncup Syeikh Abd Majid Aziz Az-Zindani buat pertama kali sejak menjejakkan kaki di bumi barakah Yaman pada 5 April lepas. Tak pernah terbayang dalam minda untuk melanjutkan pengajian di Jamiah Iman ketika masih bercita-cita meneruskan perjuangan di Yaman yang pada ketika itu pandanganku hanyalah tertumpu kepada Hadramaut dan Makkah.. Mungkin inilah pilihan terbaik daripada Allah..

...masih dalam kerangka mencari dan mengenali siapakah Syeikh Abd Majid dan Jamiah Iman...

Tuesday, April 28, 2009

Mengapa harus ke Yaman? Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad dalam bukunya Risalatul Muawanah mengatakan, ‘Imam al-Muhajir Ahmad bin Isa bin Muhammad bin Ali bin al-Imam Ja’far Shadiq, ketika menyaksikan munculnya bid’ah, pengobralan hawa nafsu dan perbedaan pendapat yang makin menghangat, maka beliau hijrah dari negerinya (Iraq) dari tempat yang satu ke tempat yang lain hingga sampai di Hadramaut, beliau bermukim di sana hingga wafat.
Mengapa Imam al-Muhajir memilih Hadramaut yang terletak di Negara Yaman sebagai tempat hijrah ? Imam al-Muhajir memilih Hadramaut sebagai tempat hijrahnya, kerana beberapa faktor, pertama peristiwa hijrahnya al-Husein dari Madinah ke Kufah, di mana Ibnu Abbas memberikan nasehat kepada Imam Husein bin Ali bin Abi Thalib ketika hendak berangkat ke Kufah. Ibnu Abbas menasihati agar beliau pergi ke Yaman karena di negeri itu para penduduknya menyatakan siap untuk mendukung Imam Husein. Sejarah membuktikan bahwa keturunan Imam Husein sampai saat ini mendapat dukungan di sana.
Kedua, keistimewaan penduduk Yaman yang banyak disebut dalam alquran dan hadits. Allah swt berfirman : Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu’min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah maha luas (pemeberian-Nya) lagi maha mengetahui. Dari Jabir, Rasulullah saw ditanya mengenai ayat tersebut, maka Rasul menjawab, ‘Mereka adalah ahlu Yaman dari suku Kindah, Sukun dan Tajib’. Ibnu Jarir meriwayatkan, ketika dibacakan tentang ayat tersebut di depan Rasulullah saw, beliau berkata, ‘Kaummu wahai Abu Musa, orang-orang Yaman’. Dalam kitab Fath al-Qadir, Ibnu Jarir meriwayat dari Suraikh bin Ubaid, ketika turun ayat 54 surat al-Maidah, Umar berkata, ‘Saya dan kaum saya wahai Rasulullah’. Rasul menjawab, ‘Bukan, tetapi ini untuk dia dan kaumnya, yakni Abu Musa al-Asy’ari’. Ketika Allah berfirman dalam surat al-Hajj ayat 27 yang berbunyi : Dan serukanlah kepada umat manusia untuk menunaikan ibadah haji, niscaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berbagai jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan yang jauh. Ayat ini turun kepada nabi Ibrahim as, setelah menerima wahyu tersebut beliau pergi menuju Jabal Qubays dan menyeru untuk menunaikan haji. Dan orang pertama yang menjawab dan datang atas seruan Nabi Ibrahim as adalah orang-orang’. Allah swt berfirman dalam surah al-Nashr ayat 2 : ‘Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan beramai-ramai‘. Berkata Shadiq Hasan Khan dalam tafsirnya dari Ikrimah dan Muqatil, ‘Sesungguhnya yang dimaksud dengan manusia pada ayat itu adalah orang-orang Yaman, mereka berdatangan kepada Rasulullah untuk menjadi kaum mu’minin dengan jumlah tujuh ratus orang’. Dari Ibnu Abbas berkata : Nabi kita ketika berada di Madinah berkata, ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, telah datang bantuan Allah swt dan kemenangannya dan telah datang ahlu Yaman. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw : Siapakah ahlu Yaman itu ? Rasulullah saw menjawab : Suatu kaum yang suci hatinya dan lembut perangainya. Iman pada ahlu Yaman, kepahaman pada ahlu Yaman dan hikmah pada ahli Yaman’. Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani telah meriwayatkan suatu hadits dalam kitabnya berjudul Fath al-Bari, dari Jabir bin Math’am dari Rasulullah saw berkata, ‘Wahai ahlu Yaman kamu mempunyai derajat yang tinggi. Mereka seperti awan dan merekalah sebaik-baiknya manusia di muka bumi’. Dalam Jami’ al-Kabir, Imam al-Suyuthi meriwayatkan hadits dari Salmah bin Nufail, ‘Sesungguhnya aku menemukan nafas al-Rahman dari sini’. Dengan isyarat yang menunjuk ke negeri Yaman. Masih dalam Jami’ al-Kabir, Imam al-Sayuthi meriwayatkan hadits marfu’ dari Amru ibnu Usbah , berkata Rasulullah saw, ‘Sebaik-baiknya lelaki, lelaki ahlu Yaman.
Faktor lain yang menjadi pertimbangan Imam al-Muhajir hijrah ke Yaman dikarenakan masyarakat Yaman mempunyai hati yang suci dan tabiat yang lembut serta bumi yang penuh dengan keberkahan, sehingga Rasulullah saw memerintahkan hijrah ke negeri Yaman jika telah terjadi fitnah. Diriwayatkan dari Ibnu Abi al-Shoif dalam kitab Fadhoil al-Yaman, dari Abu Dzar al-Ghifari, Nabi saw bersabda, ‘Kalau terjadi fitnah pergilah kamu ke negeri Yaman karena disana banyak terdapat keberkahan’. Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah al-Anshari, Nabi saw bersabda, ‘Dua pertiga keberkahan dunia akan tertumpah ke negeri Yaman. Barang siapa yang akan lari dari fitnah, pergilah ke negeri Yaman, Sesungguhnya di sana tempat beribadah’. Abu Said al-Khudri ra meriwayatkan hadits dari Rasulullah saw, ‘Pergilah kalian ke Yaman jika terjadi fitnah, karena kaumnya mempunyai sifat kasih sayang dan buminya mempunyai keberkahan dan beribadat di dalamnya mendatangkan pahala yang banyak’. Abu Musa al-Asy’ari meriwayatkan dari Rasulullah saw, ‘Allah akan mendatangkan suatu kaum yang dicintai-Nya dan mereka mencintai Allah. Bersabda Nabi saw : mereka adalah kaummu Ya Abu Musa, orang-orang Yaman’. Dari Ali bin Abi Thalib, Rasulullah saw bersabda, ‘Siapa yang mencintai orang-orang Yaman berarti telah mencitaiku, sesiapa yang membenci mereka bererti telah membenciku’.

Thursday, April 23, 2009

Pilihlah YangTerbaik

Aku lupa doa...aku malas doa..aku tak suka doa...aku benci dia lantas aku tak mau doakannya...ntah!!!aku xkenal dia, so knpa plu aku doakannya???......walau apapun dialog ataupun monolog kita, sedar atau tidak rupa-rupanya kita lupa. Lupa???? ya...lupa...kita sebenarnya lupa melaksanakan tanggungjawab kita..kita sebenarnya lupa siapa sebenarnya diri kita..kita sebenarnya lupa kelemahan kita..kita sebenarnya banyak lupa..ya..kita sebenarnya lupa kerana kita adalah insan..kerana bermula insan itu adalah pelupa...

Dipendekkan cerita...

Pilihan-pilihan doa:
1. jangan doakan diri sendiri tetapi doalah untuk orang lain.
2. doa untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain
3. doa hanya untuk diri sendiri.

Pilihan yang pertama adalah yang terbaik kerana ia adalah pilihan para nabi dan pewarisnya(bc: ulama). kenapa?? kerana malaikat akan mendoakan untuknya apa yg dia doakan untuk org lain..apakah nilaian doa kita lebih baik daripada doa malaikat?? sesungguhnya doa malaikat itu adalah lebih baik kerana malaikat itu penolong kanan Allah. Kita?? siapalah kita...

Jangan ambik pilihan yang ketiga kerana ulama mentakrifkan mereka ini sebagai golongan yang kedekut sepertimana org yang tidak menjawab s.a.w ketika mendengar nama Nabi Muhammad atau Rasulullah disebut.(mafhum hadis: org yg tak menjawab selawat ke atasku adalah org yg kedekut).

Jangan ambik pilihan yg selain daripada 3 pilihan di atas kerana Allah mencop mereka ini sebagai orang yang ego..nauzubillah..

Kesimpulannya...klo nak alim anda doalah supaya orang lain alim, klo anda nk kaya anda doalah supaya org lain kaya, klo anda nk lapang dada anda doalah supaya org lain lapang dada, klo anda nk istiqomah anda doalah supaya org lain istiqomah..klo anda nk 4flat anda doalah org lain supaya dapat 4flat...sebaik-baik doa adalah doa kita kepada org yang memusuhi, benci, xsuka, meluat dsbnya kepada kita daripada saudara kita..mudah-mudahan Dia menganugerahkan yang lebih baik kepada kita. ammiiiin..wallahualam

al faqir wal haqir

Thursday, April 16, 2009

Murobitud da'wah


Pengenalan
Umat islam yang diamanahkan untuk mentadbir dunia memerlukan pendokong yang komited dan memiliki tasawur yang jelas. Ia penting bagi memastikan islam diletakkan di tempat yang tinggi lagi mulia. Tugas dan tanggungjawab yang besar dan berat ini hendaklah dipikul oleh para pertugas sepenuh masa yang di istilahkan sebagai Al-murabitun.
Al-murobbitun itu sendiri membawa definisi yang bermaksud pekerja atau petugas yang menginfakkan diri mereka sepenuh masa dan secara langsung dalam sesuatu gerak kerja.
Gabungan istilah murobbitun dakwah ini memberi maksud yang cukup jelas iaitu golongan manusia yang menyerahkan diri mereka dalam usaha dakwah kepada masyarakat semasa.
Antara contoh yang kita nampak sebagai murobbitun dakwah pada masa kini adalah kebanyakkannya daripada muallaf yang giat menjalankan aktiviti penyebaran ISLAM di serata dunia. Mereka mengkaji ISLAM dan agama-agama lain dengan teliti bertujuan untuk menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kebatilan. Nama-nama seperti Ahmad Deedat, Zakir Naik, Shah Kirit dan Lim Joi Son sudah tidak asing lagi dalam arena dakwah ini. Merekalah antara contoh murobbitun dakwah.
”wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada musuh di medan perjuangan dan bersedialah dengan kekuatan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan)”
(surah al-imran:200)

Daripada Sahl bin al- Saidi r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “bermurabitahlah satu hari dijalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya”
(Riwayat Al-Bukhari)

Berubah mengikut situasi semasa- skop tugas& definis
Sejarah susur galur tarbiyyah pada zaman kepimpinan ulama’ dahulu menunjukkan bahawa konsep murobbitun dakwah ini sentiasa diaplikasikan oleh mereka. Jika kita imbau kembali bagaimana ISLAM datang ke Tanah Melayu, adalah melalui para pendakwah yang boleh kita katakan peranan mereka sebagai murobbitun dakwah pada ketika itu. Walaupun tugas hakikat mereka adalah pendakwah, tapi secara tidak langsung mereke meneruskan kehidupan mereka dengan menjalankan perniagaan.

Sejarah ulama’2 dahulu yang menggunakan konsep murobbitun dakwah secara jelas dan terang-terangan tidak pernah pula dinyatakan di dalam mana-mana kitab yang khusus. Sebaliknya ia adalah satu hasil daripada pembelajaran dan method dan strategi dakwah yang diaplikasikan dengan bersahaja.

Ciri-ciri murobbitun dakwah
Gerakan dakwah bukanlah sesuatu tugas dan kerja yang mudah seperti yang digambarkan. Ia memerlukan keyakinan, keberanian dan ilmu yang mantap untuk menangani pelbagai situasi yang bakal menjelma. Oleh itu, penyampaian dakwah ISLAM secara langsung memerlukan mereka yang benar-benar bersedia. Antara persediaan untuk menjadi murobbitun dakwah ini ialah, hasil daripada pembacaan. Latihan dan penyampaian yang berkesan untuk menarik orang lain.


Ikhlas
Mereka mestilah orang yang benar-benar telah berniat dan sukarela untuk menginfakkan diri mereka untuk jalan dakwah ini bagi meneruskan penyampaian wahyu Allah dan mengembalikan manusia kepada penyembahan Allah (ubudillah). Allah telah menyatakan dalam Firmannya yang bermaksud:
”Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ” Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?
”Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang dusta.”
( Al-Ankabut: 2-3)
Hakikat sebenarnya, setiap mereka yang beriman dengan Allah pasti akan diuji dulu olehNya. Dia memberi pengajaran dan ilmu kepada hambanya melalui ujian-ujian yang dibentangkan yang akan naik sedikit demi sedikit tahap ujiannya.
Ikhlas juga berkait rapat dengan matlamat perjuangan yang dibawa. Matlamat utama yang didokong oleh ahlul murobbitun ini semestinya jelas dan tidak berbelah bahagi. Perjuangan yang diwarisi dan disambung daripada perjuangan Rasulullah yang mana menegakkan kalimah toiyyibah, La ilaha illalah. Perjuangan yang benar dan jelas akan memberikan satu impak yang besar kerana ia didokongi oleh pejuang-pejuang yang ikhlas dan faham akan tanggungjawab dan peranan mereka.
Ilmu
Murobbitun dakwah yang ada pada hari ini, kebanyakkannya terdiri daripada orang-orang intelek yang mana mereka perlu adaptasi dengan situasi semasa. Berdakwah kepada masyarakat kini memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan harta untuk mendapatkan ILMU yang akhirnya mampu menyelamatkan dan membawa manusia ke jalan yang benar. Masyarakat hari ini juga sangat mencabar untuk didakwah kerana mereka lebih banyak mengejar duniawi (materialisti).

Kepelbagaian ilmu perlu dikuasai oleh ahlul murobbitun dalam usaha mereka untuk mendapatkan nilai tambahan personal yang lebih daripada orang lain. Mereka mestilah ampuh dari segi ilmu-ilmu agama dan juga fokus kepada penguasaan agama-agama yang banyak pengaruhnya seperti agama kristian.
Ketahanan mental dan fizikal
Peredaran zaman dan masa menyebabkan seseorang murobbitun itu perlu kukuh dari sudut kewangan, mental dan fizikal, serta mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu yang mana ia akan menjadi antara penyebab kejayaan sesebuah gerakan dakwah. Sama ada mereka bekerja, atau pun mereka di taja. Itu adalah salah satu daripada strategi ahlul murobbitun itu sendiri. Terdapat pelbagai strategi untuk menyumbangkan tenaga sebagai murobbitun dakwah.
Faktor ketahanan mental dan fizikal membantu secara tidak langsung usaha untuk menjadi murobbitun dakwah yang benar-benar menyumbang untuk ISLAM. Setiap makhluk mempunyai hak mereka, oleh itu, anggota badan mereka juga memerlukan hak yang perlu dipenuhi sebagai manusia biasa yang mana berhajat kepada makanan, minuman, rehat dan sebagainya.
Peranan murobbitun dakwah dalam jemaah
Murobbitun dakwah menjadi sumber utama untuk rujukan gerakan dakwah semasa. Ini kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa fokus terhadap sesuatu kerja utama sahaja. Pergerakan jemaah kini lebih tertumpu kepada gerakan siasah, dan tarbiyah sedangkan dakwah kita lihat ditenggelamkan oleh kesibukan perkara-perkara lain.

Perlu diketahui bahawa dakwah itu adalah satu skop yang besar, dalam siasah ada dakwah, dalam tarbiyah ada dakwah, namun sejauh manakah ia diaplikasikan dan sejauh manakah keberkesanannya jika ia masih diswastakan di dalam minda penggerak-penggeraknya. Namun, sekarang kita lihat, sistem tarbiyyah yang dijalankan, adakah ia benar-benar baik dan berkesan? Adakah ia benar-benar releven dengan situasi semasa?

Proses pentarbiyyah perlu diteliti dari masa ke masa agar tidak ketinggalan dan juga mudah untuk diterima oleh masyarakat setempat. Kadangkala proses tarbiyah hanya berlegar disekitar para daie sahaja, sedangkan masyarakat kampung yang masih lagi terkontang-kanting tentang kefahaman akidah islamiyyahnya tidak diambil berat.
”kamu umat Islam adalah ummat terbaik yang dihahirkan dikalangan manusia kerana kamu menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada ALLAH”
(ali Imran; 110)
Ahlul murobbitun dakwah ini jugalah yang menggalas tanggungjawab dan memenuhi kelompangan perkara fardhu kifayah. Sesungguhnya Allah menilai daripada usaha kita bukannya hasil kerja kita. Penetapan dan pembaharuan niat perlu diteliti dan diberi penekanan. Perjuangan yang besar ini mudah untuk kita sebagai manusia biasa tergelincir dan dipengaruhi oleh bisikan syaitan, hawa nafsu dan godaan duniawi yang sangat mencabar. Tali utama pergantungan seorang hamba yang bercita-cita daie seumur hidup hanyalah kepada Allah S.W.T.
Kepentingan murobbitun dakwah mengikut situasi semasa:
 Memastikan penyebaran islam sampai ke segenap pelosok dunia seiring perkembangan teknologi moden
 Lahir golongan profesional- Apabila sesuatu golongan ditugaskan secara sepenuh masa maka lahirlah para petugas yang berpengalaman dan pengalaman tersebut menjadikan seseorang pakar dalam bidangnya(profesional).
 .Menjimatkan tenaga- dengan tenaga pakar yang sedia ada tidak memerlukan tenaga gantian.
 Ia turut telah menjimatkan kos.


Keperluan kewujudan murobbitun dakwah di dalam jemaah
Sesungguhnya murobbitun dakwah sangat penting dalam masyarakat pada hari ini. Usaha yang berterusan perlu dipertingkatkan demi menyelamatkan umat ISLAM di dunia pada hari ini dan menyuarakan yang kepada mereka yang masih tidak diberikan hidayah oleh Allah.
Jika kita lihat pada hari ini, anak-anak muda kelahiran kampus, kebanyakannya telah dididik dengan perjuangan yang lebih bersifat siasah dan politik dan tarbiyyah. Gerak kerja dakwah yang lebih berfokus, kurang diberi perhatian dan kurang mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada penggerak utama gerakan Islam kampus.
Namun, tidak dinafikan terdapat sesetengah golongan yang sedar dan faham akan kepentingan tanggungjawab dakwah ini yang perlu diisi kekosongannya. Dan kita tidak boleh menanti orang lain untuk melaksanakannya. Bermula daripada diri sendiri dan berusaha menyedarkan orang lain dalam masa yang sama sentiasa melaksanakan pengislahan terhadap ummat ISLAM. Dakwah dan Islam perlu bergerak seiring.
Ini dapat kita lihat daripada hadith Rasullulah yang berbunyi:
”sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat”
( Sohih Bukhori: jilid 4, 667)
Jika tiada kelompok yang benar-benar tegas dan serius dalam melaksanakan kerja yang wajib dan berat ini, maka tunggulah kejatuhan ISLAM bagaikan kejatuhan khilafah Othmaniyyah yang pernah berjaya satu masa dahulu. Bahkan mungkin lebih teruk lagi kerana tiadanya gerakan dakwah. Kejatuhan Islam seiring dengan kejatuhan dakwah terhadap non-muslim.




Penutup
Untuk akhirnya, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan persiapkan diri kita untuk memikul dan membawa risalah Rasulullah ini keseluruh ummat manusia. Bermulalah dengan diri kita sendiri sebelum kita menuding jari kepada orang lain. Sedikit usaha, Allah akan menilainya. Walau apa pun yang dilakukan, Mardhatillah adalah matlamat utama.
”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan ALLAH; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung”
(At-Taubah : 111)
Jika kita tak dapat buat banyak, jangan tinggalkan semua


Disediakan oleh:
Nuur Afifah binti Ramdan