Saturday, May 23, 2009

Amanah Itu Berat

Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan, seorang ulama ulung merupakan pakar usul fiqh yang bermazhab hanafi. Merupakan ikhwan muslimin Iraq yang kemudiannya dibuang negeri dan kini menetap di bumi iman dan hikmah, Yaman dan menjadi salah seorang syeikh di Jamiah Iman. Pun begitu keadaan kesihatannya adalah membimbangkan, uzur.
Dipendekkan cerita, kami sempat bertemu ketika mana syeikh ditolak di atas katil beroda di sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan yang mana ketika itu keadaan syeikh terbaring lemah. Setelah dibius, syeikh kelihatan seperti pulih bersemangat, digagahkan dirinya untuk bangkit berdiri. Aku pelik dengan kelakuan syeikh lalu memintanya supaya berehat. Syeikh lantas berkata "..aku hanya ada 15 minit sebelum ubat bius ini hilang. Mari aku ajarkan engkau dalam masa yang aku ada". Maka gigihlah syeikh mengajarku sambil melakar dan menulis di papan putih hospital. Tepat-tepat 15 minit syeikh menghentikan syarahannya dan terus terbaring tak sedarkan diri di atas katil. Tergamam dengan apa yang berlaku, aku bangkit dari tidur dan sambung lagi tidur, sementara menunggu azan zohor..
Datang pula Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Dia berikan aku benih anggur Perlis. Aku kehairanan kenapa diberi benih anggur Perlis? Maka jawab tuan guru "yakinlah bahawa 10 tahun lagi atau lebih daripada itu sekalipun bahawa Islam akan memerintah Malaysia. (sepengetahuan aku selama berada di Perlis adalah sebuah negeri yang kecil geografinya tetapi tahap pemahaman Islam rakyatnya adalah pada tahap rendah. Penduduknya majoriti adalah tegar nasionalisme sehinggakan pernah seorang penduduk berkata, jika diletakkan kepala babi sebagai calon pilihanraya mewakili parti dacing, nescaya aku akan pangkah kepala babi tersebut walaupun ada parti Islam yang bertanding).
Tapi riak wajah tuan guru tidak menggambarkan riak wajah kegembiraan tetapi sebaliknya. Aku bertanya kenapa lantas dijawabnya "..akan tetapi dalam banyak-banyak benih anggur yang dibekalkan yang menjadi hanyalah sedikit..". Dengan maksud bahawa ramai orang yang keluar belajar, tetapi yang menjadi penyumbang dan pendokong Islam hanyalah segelintir..
Apakah maksud sebenar daripada 2 mimpi langsungnya berturutan Wallahualam. Tetapi apa yang boleh dijadikan istifadah buat diriku bahawa amanah dan tanggungjawab sebagai seorang ahli agama adalah besar, baik pada fasa sebelum, implementasi mahupun pada fasa selepas pulang ke Malaysia. Disaat ketika mana masa banyak dibazirkan dengan perkara kurang berfaedah, maka inilah peringatan-peringatan yang menjadi tasyji' buat diriku supaya kembali atas jalan kebenaran, memperbaharui niat dan meneguhkan kembali matlamat sebenar. Aku memohon supaya diberi kesempatan untuk bertemu 4 mata dengan kedua-dua ulama tersebut dalam dunia realiti yang selama ini belum pernah aku temuai mereka.
Ya Allah pertemukanlah jodoh kami. Ya Allah, tsabatkanlah aku dan para sahabatku dalam mendokong amanah perjuangan ini. Ammiiin...

Friday, May 22, 2009

Sabar jelah BRO...

Setiap orang tak sama ujian yang diterima..Allah uji sesuai dengan iman yang ada padanya.

Pahala sabar tak boleh dikira (az-zumar:10). Hakikat orang miskin masuk syurga 50 tahun lebih awal daripada orang kaya kerana kesabaran mereka. Allah sebut sabar sebanyak 98 kali dalam al-Quran (kalau salah tolong betulkan).
Semua ibadah (bc:zakat, solat, haji, sedekah, zikir dll..) boleh dikira dan boleh dihitung sendiri pahala. Akan tetapi puasa tak boleh dikira pahalanya kerana di dalamnya ada sabar. Allah cakap yang puasa itu adalah antara Aku dan hambaKu..Dia sendiri yang memberikan pahala. Allah sebut puasa bersekali dengan sabar dalam al-quran sebanyak 14 kali(salah tolong betulkan)
Jalan kesabaran itu adalah:
  1. percaya dengan pertolongan Allah
  2. merasa tenang dengan janji Allah
  3. merasa tenteram dengan jaminan Allah
  4. selalu berharap kepada pahala Allah
  5. yakin bahawa kesudahan yang baik akan diperolehi oleh orang yang bersabar
  6. Yakin bahawa Allahlah yang menjamin dan memberikan kecukupan.

Selalulah ingat…
Sabarlah menghadapi dunia dan segala perhiasan
Sabarlah terhadap kata-kata yang mengecam diri
Sabarlah terhadap kalimat yang melukai
Sabarlah terhadap gangguan yang menyakitkan yang dilakukan dengan sengaja

Orang-orang yang berada di luar negara…bebanannya cukup besar..tak kira apa bidang yang diceburi..sama ada agama atau bukan..


Jadikan sabar sebagai baju besi dan tameng yang sentiasa dikenakan lagi selalu menemani diri, wahai sang pemilik diri yang senantiasa alpa.

Wallahualam.

Friday, May 15, 2009

Bermonolog Sendirian

Alhamdulillah...Tiada daya dan upaya aku yang lemah ini melainkan daripada Dia jua segala kekuatan...segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam...sepagian dengan kuliah cukup memenatkan. Kelas Bahasa Inggeris di Ma'had Oxford belum lagi bermula, masanya selepas zohor sehingga asar. Target belajar di oxford untuk memenuhi tuntutan dakwah. paling kurang dalam sebulan sekali aku mesti ke Tahrir Street dan tempat-tempat tumpuan pelancong yang lain. Tujuannya untuk edar risalah dan berdialog tentang agama bersama mereka.. Selepas asar berkejar untuk bertalaqi Tafsir Jalalain dan Riadhussolihin. Selepas isyak kerapkali aku terus terbaring tak sedarkan diri sehinggalah jam 12.30 pagi...kadang-kadang aku sambung lagi tidur sehingga jam 2.00 sementara menunggu waktu subuh lebih kurang jam 4.20 pagi. Cuma sekarang aku terfikir sambil mencari-cari formula apakah dan bagaimanakah aku mampu untuk bertalaqi kitab-kitab fiqh syafi'ieyah selepas maghrib dan isyak...hafal Quran lagi(waktu mana tak pasti tapi waktunya 2 jam untuk hafal dan muraja'ah)...waktu mana untuk aku muraja'ah kitab dan membaca untuk pengajian esoknya???...Ya Allah bantulah hamba-Mu ini....

Sunday, May 3, 2009

Bunyi keras lagi biadab…tetapi itulah antara yang pernah saya lalui semasa di bumi Indera Kayangan.

Menjadi kewajipan dan rutin kami setiap pagi bersolat subuh secara berjemaah bagi petugas-petugas dakwah dan tarbiyah, Darul Islah…kemudian kami akan bertadarus bersama-sama.

Sekali-sekala perasaan culas untuk bangkit subuh timbul dan kadang-kadang kami tak mampu melawannya. Maka masyhurlah ayat penangan yang pernah diucapkan murabbi Darul Islah "Orang yang malas bangkit subuh pengikut babi, bukan pengikut Nabi".

Pelajaran bermakna yang kedua ku perolehi semasa berada di Madrasah Diniah Falahiyah atau lebih ma'ruf dengan nama Pondok Dalam Huma, Pasir Puteh Kelantan. Kata tuan guru, mesti jaga solat berjemaah sungguh-sungguh. Jika terluput, bagi yang beristeri ajak isteri solat bersama, bagi yang masih berseorang, carilah adik- beradik, sahabat, atau sesiapa sahaja untuk berjemaah bersama walaupun mereka telah bersolat…

Terima kasih guru-guruku, al-fadhil Ust Hj Yussainee Yahya dan al-fadhil Tuan Guru Wan Rosli Wan Ibrahim radiallahuanhuma…walaupun kadang-kadang bahkan seringkali terabai…kerana saya hanyalah manusia biasa.

Friday, May 1, 2009


Dalam satu perkenalan singkat dengan seorang pemuda Yaman, mahasiswa Universiti Sana'a, saya pernah ditanya "bagaimana kamu baca al-Quran?". Persoalan tersebut mungkin kerana saya tidak pandai membalas soalan-soalannya dalam bahasa arab. Saya hanya menjawab "aku baca seperti kamu baca..(lantas membaca beberapa potong ayat daripada beberapa surah)". Dia takjub. Komunikasi kami pada waktu itu dalam bahasa inggeris rojak dengan bahasa arab memandangkan saya lemah bahasa arab dan dia sebaliknya.

Selepas pertemuan tersebut, seringkali terlintas dan terfikir dalam benak dengan persoalan tersebut. Seringkali saya bermonolog sendirian "bagaimana aku boleh baca al-Quran sedangkan aku tak faham maknanya..". Anda bagaimana??? BERSAMBUNG…INSYAALLAH!!!