Saturday, June 6, 2009

Bismillah..Tsummalhamdulillah...
Dikisahkan dan disejarahkan oleh saya, alkisahnya tentang sang imam kerajaan yang berebut dengan imam qaryah. Tempat: Masjid Khalid al-Walid (depan Jamiah Iman, Syari' 60, Sana'a Yaman, dekat dengan rumah). Kemuncaknya apabila Imam A(imam kerajaan) ditarik turun oleh para qaryah daripada mimbar ketika dia bersiap sedia untuk membaca khutbah untuk memberikan laluan kepada khatib pilihan qaryah. Riuhlah masjid berperang mulut antara ahli qaryah dengan SB dan penyokong kerajaan (nasib baik tak keluar senapang dan pistol kerana mereka(bc:arab yaman) ma'ruf dengan adegan tembak-menembak walaupun dalam hal temeh semata). Selepas selesai solat Jumaat, si imam kerajaan menyatakan ketidakpuasan hatinya diperlakukan sedemikian(ditarik gaya speaker V Sivakumar tetapi nasib baik tidak dihumban ke dalam stor).
Waktu solat asar tak tau sapa yang imam (menghadiri majlis kahwin Shamsul, pelajar Malaysia di Yaman) tetapi dapat dijangkakan ketegangan terus berlaku memandangkan adegan perebutan untuk menjadi imam terus berlangsung sehinggalah untuk waktu maghrib dan isyak. Untuk waktu maghrib, imam qaryah yang azan, iqomat dan seterusnya mengimamkan solat tetapi imam A tetap tidak berpuasa hati lalu jadilah adegan perang hujah selepas daripada solat. Solat isyak imam A yang imamkan setelah merampas microfon daripada muazzin tetapi hanya dimakmumkan oleh para SB dan pengikut kerajaan yang bersekutu merampas kuasa kerana diboikot oleh rata-rata jemaah. Imam A memang jenis tak malu (buat slamber badak je walaupun dah jelas orang tak suka). Selepas isyak, bercakaplah pegawai agama kerajaan (seumpama JAKIM) tentang penyatuan dan makmum wajib ikut imam. Selesai ucapan, ahli qaryah yang ada mengerumuni ustaz jakim di pintu masjid dan menyatakan pendirian mereka. Alhamdulillah, solat subuh pada hari ini berambus juga akhirnya imam A daripada masjid dan di imamkan oleh imam pilihan qaryah.
Istifadah yang boleh saya kutip:
  1. Beraninya ahli qaryah untuk terus mempertahankan hak. Sesungguhya mereka bertindak dengan betul kerana antara syarat sebagai seorang imam sekurang-kurangnya mendapat sokongan majoriti 2/3 ahli jamaah.
  2. Pihak kerajaan jangan berlaku zalim kepada rakyatnya kerana mereka diangkat oleh rakyat. Tiada rakyat maka tiadalah kerajaan.
  3. Pentingnya menjadi orang berilmu untuk menjadi seorang muslim yang sejati, tidak mudah terikut dengan kata-kata dan perbuatan orang lain walaupun mereka itu digelar sebagai ulama (bc: ulama su'...yang memutarbelitkan ayat-ayat Allah dan hadis nabi saw).
Selamatlah Malaysia dan dunia seluruhnya di bawah naungan Islam. Wallahualam.