Tuesday, December 8, 2009
Aku tak faham kenapa perlu kalian bermalas-malasan?
Apakah perangai kalianpun dah terikut rentak arab?
Kalau kita yang perlukan khidmat orang, kenapa kita bersikap seperti yang dikehendaki?
Janganlah bila pulang, sikap acuh tak acuh terus diamal.
Biarlah fitnah ini hanya di sini.
Wassalam
Sampai bila aku mahu memimpin ayahku begini?
Apakah ayah tak faham, aku juga nak jadi macam kanak2 lain..
Kenapa aku ditakdirkan nasib begini?
(Cuba memahami perasaan/monolog anak perempuan kecil yang sering menjadi mata kepada seorang ayah yang buta. Kadang-kadang aku melihatnya menangis semasa memimpin ayahnya. Moga Allah kurniakan ketabahan dan kebaikan yang tak terhingga kepadanya dunia dan akhirat)
Thursday, October 22, 2009
Seharusnya seorang dai'e dilatih dan melatih diri agar memiliki personaliti pelbagai kerana dihadapannya terdapat pelbagai ragam dan peel mad'u.
Identiti yang pelbagai menjadi warna-warni dalam berdakwah. Sama ada berkeadaan minda sedar mahupun separa sedar, seorang dai'e perlu memandu dirinya agar tidak terbabas dari landasan neraca kebenaran dan keadilan.
Kalau Nabi saw, seorang pemimpin agung boleh berperwatakan pelbagai, kenapa kita yang menjadikan junjungan mulia saw sebagai idola tidak mahu mempelajari dan memahami qudwah tersebut?
-payahnya beramal dengan agama, tetapi di dalamnya ada kemanisan. Seringkali diri terbabas, tetapi dalam babasan itulah adanya ibrah. Moga aku termasuk dalam orang yang sentiasa bertaubat. Ammeen..
Salam jihad
Menurut Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi an-Naqsyabandi, syarat-syarat taubat itu ada 10:
- Ada rasa menyesal terhadap dosa yang telah dilakukan
- Keazaman tidak akan mengulangi dosa-dosa itu
- Hendaklah meminta maaf kepada orang yang dizalimi, jika tidak ada orang yang dizalimi itu, maka bolehlah meminta maaf kepada warisnya. Jika warisnya tidak ada maka bolehlah ia bersedekah dengan meniatkan pahalanya untuk orang yang dizaliminya itu
- Hendaklah meminta halal dari orang-orang yang bersengketa(mengenai apa-apa hak). Kemudian hendaklah berbuat baik kepada mereka sekiranya boleh
- Wajib menqadakan perkara-perkara yang difardhukan ke atasnya yang telah tertinggal
- Setelah bertaubat, maka wajarlah mengasuh dan membiasakan diri untuk taatkan Allah sebagaimana diri telah dibiasakan dengan maksiat. Hendaklah juga jiwanya dirasakan benar-benar kesusahan dan kepahitan taatkan Allah itu sebagimana ianya pernah merasakan kemanisan maksiat
- Hendaklah ia meninggalkan sahabat yang jahat
- Hendaklah ia membaiki(memilih yang halal) dari segi makanan, minuman dan pakaian
- Janganlah meninggalkan taubat jika ia melakukan dosa lagi, kerana seseorang itu apabila bertaubat, Allah menerima taubatnya
- Tidar wajar ia berputus asa dari rahmat Allah kerana Allah berfirman "Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir"
Allah Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat.
Wallahualam
Menurut Syeikh Abdul Talib Al-Makki, taubat nasuha ada 10 syarat:
- Tidak akan melakukan maksiat lagi
- Sekiranya terlanjur mengulangi maksiat, maka ia tidak berlarut-larut dalam maksiat itu, bahkan segera bertaubat
- Mestilah berasa kembali kepada jalan Allah dan keredaanNya
- Ada rasa kesal terhadap perbuatan maksiat yang telah dilakukan
- Bersungguh-sungguh mahu istiqamah dalam ketaatan kepada Allah hingga mati
- Mestilah ada rasa takut yang sebenar-benarnya terhadap azab Allah
- Ia mestilah ada keyakinan behawa Allah sentiasa bersedia memberikan rahmat dan keampunan. Keyakinan tersebut juga dikenali sebagai roja' atau mengharap rahmat daripada Allah.
- Ia mestilah mengakui bahawa dirinya itu adalah orang yang benar-benar berdosa.
- Ia mestilah mengi'tiqadkan bahawa Allah telah mentakdirkan dirinya itu menjadi orang yang melakukan maksiat dan Allah juga yang menentukan dan menghendaki ianya menjadi orang yang taatkan Allah.
- Ia mestilah melakukan amal-amal soleh setelah bertaubat supaya dapat menyempurnakan apa jua kekurangan yang telah berlaku.
Wednesday, October 21, 2009
Pemimpin yang baik, pemimpin yang disayangi golongan marhaen dan golongan tertindas.
Pemimpin yang zalim, pemimpin yang didampingi golongan elit berduit.
Pemimpin yang baik, pemimpin yang disayangi rakyat.
Pemimpin yang zalim, pemimpin yang takutkan rakyat.
Pemimpin yang baik, yang dijaga rakyat.
Pemimpin zalim, yang diancam rakyat.
Pemimpin yang baik, tak takut akan mati.
Pemimpin yang zalim, takut akan mati.
Secara ringkas, menilai titik bengik gelagat pemimpin dunia Islam. Moga Allah memenangkan perjuangan Islam dan menolong para pendokong Islam. Wallahualam
Wednesday, October 14, 2009
Risik=RnD
RnD
=Research and Development
=Research and Destroy
Kalau tak boleh control (ikut objektifmu), maka risikanmu boleh dikira tak berjaya.
Paling tidak, mafsadah perlu dikurang. Usahalah!!!
-Wahai siput2 babi(SB), Allah lebih tahu daripada kamu. Jangan ingat kamu je yang tahu. Kembalilah kepada neraca Islam.