Thursday, October 22, 2009

Taubat vol 2

Menurut Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi an-Naqsyabandi, syarat-syarat taubat itu ada 10:

  1. Ada rasa menyesal terhadap dosa yang telah dilakukan
  2. Keazaman tidak akan mengulangi dosa-dosa itu
  3. Hendaklah meminta maaf kepada orang yang dizalimi, jika tidak ada orang yang dizalimi itu, maka bolehlah meminta maaf kepada warisnya. Jika warisnya tidak ada maka bolehlah ia bersedekah dengan meniatkan pahalanya untuk orang yang dizaliminya itu
  4. Hendaklah meminta halal dari orang-orang yang bersengketa(mengenai apa-apa hak). Kemudian hendaklah berbuat baik kepada mereka sekiranya boleh
  5. Wajib menqadakan perkara-perkara yang difardhukan ke atasnya yang telah tertinggal
  6. Setelah bertaubat, maka wajarlah mengasuh dan membiasakan diri untuk taatkan Allah sebagaimana diri telah dibiasakan dengan maksiat. Hendaklah juga jiwanya dirasakan benar-benar kesusahan dan kepahitan taatkan Allah itu sebagimana ianya pernah merasakan kemanisan maksiat
  7. Hendaklah ia meninggalkan sahabat yang jahat
  8. Hendaklah ia membaiki(memilih yang halal) dari segi makanan, minuman dan pakaian
  9. Janganlah meninggalkan taubat jika ia melakukan dosa lagi, kerana seseorang itu apabila bertaubat, Allah menerima taubatnya
  10. Tidar wajar ia berputus asa dari rahmat Allah kerana Allah berfirman "Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir"
Setiap manusia tidak terlepas daripada ujian. Orang yang berjaya menghadapinya akan diberikan ganjaran manakala orang yang gagal wajiblah kembali(taubat) kepada Allah sekalipun diri berterusan dalam dosa..Hadis Nabi saw "Tidaklah berlarut-larut di dalam dosa(tanpa bertaubat) orang yang meminta keampunan(bertaubat) itu sekalipun ia kembali melakukan dosa itu sehari 70 kali" - Riwayat Abu Daud dan at-Turmuzi.

Allah Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat.

Wallahualam

0 Comments:

Post a Comment