Thursday, October 22, 2009
Menurut Syeikh Abdul Talib Al-Makki, taubat nasuha ada 10 syarat:
- Tidak akan melakukan maksiat lagi
- Sekiranya terlanjur mengulangi maksiat, maka ia tidak berlarut-larut dalam maksiat itu, bahkan segera bertaubat
- Mestilah berasa kembali kepada jalan Allah dan keredaanNya
- Ada rasa kesal terhadap perbuatan maksiat yang telah dilakukan
- Bersungguh-sungguh mahu istiqamah dalam ketaatan kepada Allah hingga mati
- Mestilah ada rasa takut yang sebenar-benarnya terhadap azab Allah
- Ia mestilah ada keyakinan behawa Allah sentiasa bersedia memberikan rahmat dan keampunan. Keyakinan tersebut juga dikenali sebagai roja' atau mengharap rahmat daripada Allah.
- Ia mestilah mengakui bahawa dirinya itu adalah orang yang benar-benar berdosa.
- Ia mestilah mengi'tiqadkan bahawa Allah telah mentakdirkan dirinya itu menjadi orang yang melakukan maksiat dan Allah juga yang menentukan dan menghendaki ianya menjadi orang yang taatkan Allah.
- Ia mestilah melakukan amal-amal soleh setelah bertaubat supaya dapat menyempurnakan apa jua kekurangan yang telah berlaku.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)