Thursday, April 30, 2009

Kalau dahulu aku dalam kepompong professional, sekarang aku dalam kepompong ulama. Sarangnya telah berubah maka kerangka dan benturannya juga berubah. Tapi aku masih dalam medan yang sama..masih bergelar seorang mahasiswa.

Mahasiswa Islam dan Perubahan.

Aku adalah mahasiswa, maka mata-mata memandangku sebagai pemuda elit yang semestinya memiliki personaliti diri, bersikap tegas dan berani menongkah arus lebih-lebih lagu aku sebagai mahasiswa di bumi iman dan hikmah ini.

Walau apa sekalipun penilaian orang, sama ada positif atau negatif, konstruktif atau destruktif, yang pastinya aku adalah seorang mahasiswa Islam. Mahasiswa Islam mesti memiliki pemikiran yang benar dan membawa kesejahteraan kerana ia adalah konsep berfikir yang dipimpin oleh Zat yang menciptakan manusia. Berbeda dengan asas pemikiran Barat yang meminggirkan nilai-nilai ruhiyah, maka aku mesti berusaha sehabis kudrat menyimpang daripada fikrah mereka.

Jika tidak, pelbagai gelaran gah yang mengangkat martabat mahasiswa hanyalah 'over estimate' terhadap posisi dan peranan mahasiswa dalam dunia realiti. Kenapa? Kerana meminggirkan landasan wahyu Ilahi, tidak yakin dan teguh dengan gagasan Islam. Aku mesti pacakkan dalam benak bahawa aku adalah agen perubah(agent of change), aku adalah elemen yang mengendalikan urusan masyarakat(social control element), aku adalah himpunan kekuatan moral(composition of moral force), dan aku adalah kuasa perubahan politik(force of political changing). Pemegang identiti mahasiswa Islam mesti bebas daripada virus mandul dan sindrom mandom.

Realitinya, aku harus bermula dengan merevolusikan pemikiran. Revolusi pemikiran yang mendasar terhadap cara berfikir yang meruncing kearah kebangkitan yang sebenar iaitu kebangkitan Islam. Aku tidak boleh mengarah bahkan cenderung sekalipun mempertahankan sistem yang sedia rosak lagi punah ranah dewasa kini.

Oleh itu, keberanian mahasiswa Islam untuk berfikir lebih mendasar bukan atas dasar ego, berkepentingan, dan asas kemanfaatan semata-mata. Akan tetapi dengan berpandangan kritis bahawa aku harus melakukan perubahan yang menyeluruh untuk membentuk sistem kehidupan yang kukuh dan sejahtera bagi umat manusia seluruhnya.

Tertegaknya syariat Islam secara menyeluruh natijahnya merefleksikan pembentukan sistem kemanusiaan yang kukuh dan sejahtra, aman dan harmoni. Ini adalah jalan yang telah dirintis oleh junjungan besar nabi kita Muhammad saw…

Ya Allah.. Bantulah hamba-Mu ini….Ameen.

0 Comments:

Post a Comment