Saturday, May 23, 2009

Amanah Itu Berat

Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan, seorang ulama ulung merupakan pakar usul fiqh yang bermazhab hanafi. Merupakan ikhwan muslimin Iraq yang kemudiannya dibuang negeri dan kini menetap di bumi iman dan hikmah, Yaman dan menjadi salah seorang syeikh di Jamiah Iman. Pun begitu keadaan kesihatannya adalah membimbangkan, uzur.
Dipendekkan cerita, kami sempat bertemu ketika mana syeikh ditolak di atas katil beroda di sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan yang mana ketika itu keadaan syeikh terbaring lemah. Setelah dibius, syeikh kelihatan seperti pulih bersemangat, digagahkan dirinya untuk bangkit berdiri. Aku pelik dengan kelakuan syeikh lalu memintanya supaya berehat. Syeikh lantas berkata "..aku hanya ada 15 minit sebelum ubat bius ini hilang. Mari aku ajarkan engkau dalam masa yang aku ada". Maka gigihlah syeikh mengajarku sambil melakar dan menulis di papan putih hospital. Tepat-tepat 15 minit syeikh menghentikan syarahannya dan terus terbaring tak sedarkan diri di atas katil. Tergamam dengan apa yang berlaku, aku bangkit dari tidur dan sambung lagi tidur, sementara menunggu azan zohor..
Datang pula Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Dia berikan aku benih anggur Perlis. Aku kehairanan kenapa diberi benih anggur Perlis? Maka jawab tuan guru "yakinlah bahawa 10 tahun lagi atau lebih daripada itu sekalipun bahawa Islam akan memerintah Malaysia. (sepengetahuan aku selama berada di Perlis adalah sebuah negeri yang kecil geografinya tetapi tahap pemahaman Islam rakyatnya adalah pada tahap rendah. Penduduknya majoriti adalah tegar nasionalisme sehinggakan pernah seorang penduduk berkata, jika diletakkan kepala babi sebagai calon pilihanraya mewakili parti dacing, nescaya aku akan pangkah kepala babi tersebut walaupun ada parti Islam yang bertanding).
Tapi riak wajah tuan guru tidak menggambarkan riak wajah kegembiraan tetapi sebaliknya. Aku bertanya kenapa lantas dijawabnya "..akan tetapi dalam banyak-banyak benih anggur yang dibekalkan yang menjadi hanyalah sedikit..". Dengan maksud bahawa ramai orang yang keluar belajar, tetapi yang menjadi penyumbang dan pendokong Islam hanyalah segelintir..
Apakah maksud sebenar daripada 2 mimpi langsungnya berturutan Wallahualam. Tetapi apa yang boleh dijadikan istifadah buat diriku bahawa amanah dan tanggungjawab sebagai seorang ahli agama adalah besar, baik pada fasa sebelum, implementasi mahupun pada fasa selepas pulang ke Malaysia. Disaat ketika mana masa banyak dibazirkan dengan perkara kurang berfaedah, maka inilah peringatan-peringatan yang menjadi tasyji' buat diriku supaya kembali atas jalan kebenaran, memperbaharui niat dan meneguhkan kembali matlamat sebenar. Aku memohon supaya diberi kesempatan untuk bertemu 4 mata dengan kedua-dua ulama tersebut dalam dunia realiti yang selama ini belum pernah aku temuai mereka.
Ya Allah pertemukanlah jodoh kami. Ya Allah, tsabatkanlah aku dan para sahabatku dalam mendokong amanah perjuangan ini. Ammiiin...

1 Comment:

  1. dr perlis said...
    salam,
    sahabatku, moga diberikan ibrah yg cukup bermanfaat atas petunjuk Allah tsbt...salam dari bumi perlis.

Post a Comment