Sunday, May 3, 2009

Pengikut Nabi au Pengikut Babi

Bunyi keras lagi biadab…tetapi itulah antara yang pernah saya lalui semasa di bumi Indera Kayangan.

Menjadi kewajipan dan rutin kami setiap pagi bersolat subuh secara berjemaah bagi petugas-petugas dakwah dan tarbiyah, Darul Islah…kemudian kami akan bertadarus bersama-sama.

Sekali-sekala perasaan culas untuk bangkit subuh timbul dan kadang-kadang kami tak mampu melawannya. Maka masyhurlah ayat penangan yang pernah diucapkan murabbi Darul Islah "Orang yang malas bangkit subuh pengikut babi, bukan pengikut Nabi".

Pelajaran bermakna yang kedua ku perolehi semasa berada di Madrasah Diniah Falahiyah atau lebih ma'ruf dengan nama Pondok Dalam Huma, Pasir Puteh Kelantan. Kata tuan guru, mesti jaga solat berjemaah sungguh-sungguh. Jika terluput, bagi yang beristeri ajak isteri solat bersama, bagi yang masih berseorang, carilah adik- beradik, sahabat, atau sesiapa sahaja untuk berjemaah bersama walaupun mereka telah bersolat…

Terima kasih guru-guruku, al-fadhil Ust Hj Yussainee Yahya dan al-fadhil Tuan Guru Wan Rosli Wan Ibrahim radiallahuanhuma…walaupun kadang-kadang bahkan seringkali terabai…kerana saya hanyalah manusia biasa.

0 Comments:

Post a Comment